Wednesday, March 25, 2020

Produk Berbahaya- Skincare Putih Flawless dan Ubat Gemuk

Salam sejahtera semua
Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya SENDIRI yang telah menjadi mangsa kerana menggunakan produk terlarang. Sebenarnya dah lama nak publish ni tapi asyik tertangguh jadi saya ambil kesempatan pada masa kuarantin. Pada mulanya rasa malu sangat sebab tertipu kan dan orang mesti cakap padan muka. Ah whatever. Saya boleh belajar dari kesilapan sendiri. Dan tujuan entry ini adalah untuk menyedarkan orang lain kerana permintaan masih meningkat. Saya berharap sangat post ini sampai pada semua orang. Bukan untuk menjatuhkan bisnes orang Melayu ke apa. Tapi saya mohon jika ada seller Melayu yang jual barang terlarang dan terbaca post ni, sila berhenti menjual. Tak salah nak berniaga tapi selidik lah produk yang kamu jual. Jangan tahu promot saja. Kalau tak tahu jangan jual. Kalau jual juga kamu tanggung lah dosa sebab kamu taktahu berapa ramai yang dah kecewa dengan penipuan produk kamu. Kamu berdosa sebab tidak jujur, menipu dan memberi mudarat kepada pengguna. Aduh membebel pulak saya. Itu khas ditujukan kepada ONLINE SELLER saja ye.
Saya bermula dengan skincare dahulu. Setiap wanita semestinya mahu cantik dan putih. Keinginan saya untuk cantik membuak-buak setelah menjejak kaki ke alam universiti. Sebelum itu, saya telah berniaga kecil-kecilan secara online. Saya menjadi dropship menjual barang kecantikan dan kosmetik. Daripada blur sehinggalah saya tahu tentang pelbagai produk yang dijual di Malaysia. Namun saya masih jahil sewaktu itu. Sekarang saya tidak lagi menjual produk-produk tersebut. Saya tidak tahu tentang kandungan dalam setiap produk, saya tidak tahu sama ada kesan yang ditulis benar-benar berkesan atau tidak. Sehinggalah pada suatu hari terdetik di hati saya untuk mencuba satu skincare. Setelah membuat banyak pencarian, hati saya terpaut pada Tati Skincare kerana produk ini mempunyai banyak feedback positif. Jadi bermulalah rutin saya sebagai seorang wanita (HAHA Tati skincare merupakan produk skincare pertama yang saya pakai). Lama kelamaan (tak ingat dah berapa kotak dan berapa bulan pakai) saya mula nampak hasilnya. Kulit saya menjadi cerah dan glowing (serius!) Kesan tersebut bukan saya saja yang perasan OK. Kawan-kawan dah mula tegur saya nampak makin putih dan cantik. Sebagai seorang perempuan kan, mana tak kembang dengan pujian. Rasa bangga happy semua ada. Siap suggest kat semua kawan untuk try Tati Skincare. Tiba-tiba suatu malam semasa goyang kaki di bilik hostel, kawan menghantar gambar di whatsapp. Captionnya: “Ini ke yang kau suruh aku try?” gambar tersebut ialah berita yang menyatakan Tati Skincare mengandungi merkuri. Allahu terkejut sis. Sentap pilu geram semua ada. Like how could orang yang jual tati tu menipu customer. Sumpah sedih sangat sebab masa awal-awal beli mereka yakinkan kita bahawa tiada merkuri tiada merkuri. Rupanya ada merkuri dalam krim malam tu dan ia yang menjadikan kulit saya putih dan krim treatment yang meng-glowkan kulit saya. Since that day saya stop guna tati. Thats it. Kerajaan terang-terang dah larang penjualan produk itu but guess what, ada peniaga ketegar yang masih jual secara senyap di kedai. (sis lihat sendiri ya.) Kata mereka sebab masih ada permintaan. Haih. OK guys let me tell you, Tati Skincare yang saya guna adalah pada 2016-2017. Selepas produk ini disenarai haramkan, ia telah diubah menjadi warna purple. Yang ni saya tak tahu lah dah improve OK atau tak (jangan kata sis menuduh). Selepas itu saya masih jahil dan tak serik. Saya sedih dan tak tahu nak guna skincare apa pula pada wajah. Saya sangat ignorant masa tu sebab tak tahu kena rehatkan kulit wajah seketika sebelum try produk lain. Saya terus beli skincare lain dan pakai. Saya percaya pada skincare ini sebab ia dipromosikan di instagram instafemes iaitu Adirasalahudi.(sekarang dah tak dijual) Tapi tiada perubahan pada wajah saya. Rasa macam makin gelap. Lepas tu saya try pula skincare oleh ASYALLIE. (sekarang dah tak dijual) Juga tiada perubahan dan kulit saya semakin gelap. Saya fed up. Lama kelamaan barulah saya tahu skincare yang dijual macam ni menggunakan krim timbang kilo dari Thailand. HAHAHA maafkan kerana kebodohan saya. Saya terasa sangat bodoh dan malu pada waktu itu. Sejak dari itu, saya sudah tidak percayakan skincare tempatan yang dijual dalam bekas-bekas kecik tu. That’s a no no. Kalau Nurraysa tu baguslah dan beberapa yang lain. Sejak kejadian itu juga barulah saya kenal dan tahu fungsi WATSON (HAHAHA) Selama ini saya tak jejakkan kaki di situ kerana sangkakan semua barang mahal. Tapi ada juga produk murah dan bagus seperi Safi. Saya mula belajar tentang rutin skincare yang sebenar. Sekarang saya menggunakan produk Safi dan Yuja Niacin (dari Korea) Alhamdulillah kulit saya licin Cuma masih belum putih (sobs. Doakan saya cepat putih guys)

Image result for tati skincare lama

Ini skincare yang saya pakai dulu. Diyakini ada merkuri (sumber blog lin azlina)


Next.. UBAT GEMUK atau PIL GEMOK atau UBAT KUNING OREN haa. Yang ni saya pasti ramai yang dah consume. Sebab penjualan dia amat berleluasa! Search je kat SHOPEE LAZADA FACEBOOK GOOGLE. Ternyata ubat nii je yang dimaksudkan. OK saya tak ingat macam mana dan di mana saya jumpa ubat ni. Tapi saya berminat nak try lepas tengok testimoni semua berhasil. Wah teringin sangat saya nak gemuk masa tu sebab since sekolah rendah sampai menengah saya kena ejek (orang taktahu orang kurus pun sensitif) Sebotol ubat ni amat mahal (sebab ditipu lagi) RM60 korang rasa? HAHA saya beli je sebab ubat mahal kan orang cakap mujarab. Warna kuning oren dan perlu makan sebulan. Masuk hari kedua consume perghh selera menjadi-jadi. Start hari itu saya makan macam beruk hahahah asyik minta makanan. And to be honest I am soo happy with that. Yelah kan selama ni orang pesan; makan banyak, makan banyak. Tapi saya geram sebab rasanya dah makan banyak. Rupanya tak banyak lagi guys. Dan hang kena makan at least 3 pinggan nasi sehari kalau nak gemuk. Alhamdulillah lepas beberapa botol saya consume (tak ingat juga) saya nampak hasilnya! Weh bayangkan balik rumah je family terkejut tengok pipi aku tembam. Selama 20 tahun hidup cengkung ja huwaa. Berat naik tapi paling tinggi Cuma 47kg gais. Hahaha itu pun dah buat sis happy ye (bayangkan betapa kedingnya dulu). 2017 adalah zaman kegemilangan dalam hidup saya sebab dah berisi dan putih at the same time. Memang rasa lawa sangat dah time tu. Cuma yang peliknya lemak-lemak tu semua nak berkumpul kat perut dan pinggang ja. Seluar banyak tak boleh pakai weh. Dan bila berdiri nampak macam orang mengandung. note: apa yang buatkan saya yakin nak makan ubat ni ialah dia tulis vitamin B complex jadi saya rasa selamat. But after that saya stop consume ubat dan makan tak consistent sampai lah selera turun balik. Sedihnya bila tengok berat dan bawah 45kg. Terdetik di hati saya nak consume balik ubat itu. Tapi ada sesuatu yang melarang. Iaitu diri saya sendiri. Saya mula musykil dengan ubat tu. Tambah2 kawan mula bagi tweet dan terbaca benda menakutkan iaitu kegagalan buah pinggang akibat ubat-ubatan. Saya juga mula sedar bahawa ubat yang sama dijual dengan pelbagai harga dan jenama. Maknanya mereka semua menggunakan ubat yang sama tapi acah produk berbeza. Hal ini amat menakutkan saya. Saya mula buntu dan mencari seseorang yang boleh menjawab persoalan yang tersimpan dalam kepala saya. Saya ada menceritakan pada doktor di klinik dan apa jawapannya? Makan ja. Weh terkelu. Ok lah saya tak marah sangat DR tu sebab mungkin dia busy dan banyak benda lagi nak fikirkan. Tapi Dr tak sepatutnya pandang remeh hal ni hmmm. So I keep on searching lagi tentang ubat ini. And Alhamdulillah one day Allah tunjukkan suatu artikel yang saya jumpa di Google. Artikel ni mungkin tak sampai kepada ramai lagi so sebab tu ramai taktahu. Artikel tersebut merupakan penjelasan daripada ahli farmasi. Katanya ubat yang dijual itu ialah ubat STEROID! Astaghfirullahalazim. Selama ni saya consume ubat steroid. Di ubat tu tertulis KALBE dan . Menurut penjelasan pegawai tersebut, ubat itu datang dari negara Indonesia dan dijual tanpa kelulusan KKM. Pendek kata ia dijual secara haram. Kesan-kesan yang dinyatakan juga terdapat pada diri saya. Kedua-dua pil kuning dan oren dapat meningkatkan selera makan. Dan ia menjadikan lemak di bahagian perut (ini tidak bagus sebenarnya) dan menjadikan wajah bulat. Saya ada terbaca blog seseorang yang consume ubat ini dan dia muntah- dan sebagainya. Ini juga merupakan kesan ubat itu. Alhamdulillah sepanjang saya consume ubat itu, saya tak mengalami any side effect except perut buncit dan chubby face (tbh I like it that time) Untuk baca lebih lanjut korang boleh click link ini Penjelasan pegawai farmasi dan ini Penjelasan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan Bidan  Sekarang badan dan wajah saya susut. Honestly saya rindukan wajah chubby saya tapi saya tak akan consume ubat tu lagi. Next entry maybe saya akan ceritakan pengalaman berat naik (kalau dah naik hahah doakan, saya sedang mencari sesuatu yang menambah selera) 
Maaf jika terlalu panjang dan terima kasih jika berjaya baca sampai sini. Saya gabungkan kedua-duanya sekali hahaha. 

Image result for kesan ubat gemuk

(sumber dari Google)

Image result for kesan ubat gemuk

(sumber dari Facebook)